Posts

Showing posts from April, 2011

BENIH YANG MENERBITKAN 700 BUAH

Image
ayat-ayat al-Quran,ayat 261 hingga 265 surah al-Baqarah, mengenai ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT untuk orang yang bersedekah da berbelanja di jalan Allah, maksudnya seperti berikut : Perumpamaan orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang di kehendaki-Nya, dan Allah adalah Maha Luas lagi Mengetahui. (261)

Indikasi Cinta Milik Siapa

Image
Cinta Melahirkan Rindu Bayangkan kita seorang pelajar yang jauh dari dakapan keluarga, sudah pasti rasa rindu akan timbul dikala terkenangkan mereka. Bahkan tangisan kerinduan mampu mengalir kerana rindunya kita kepada mereka. Bayangkan pula kita seorang suami, sudah pasti merindui si isteri jika lama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi si isteri, yang lembut hatinya menangisi perasaan rindu yang bermain di hati. Begitu juga anak muda yang dikaburi dengan kerinduan kepada kekasihnya, sehingga tidur tak lena, makan tak selera, mandi tak basah, solat tak khusyuk ( kalau solat) , hidup bagai tidak menentu. Bayangkan pula kita sebagai ibu bapa, sudah tentu merindui gelagat anak-anak yang kita sayangi. Anak-anak yang jauh dari pandangan sentiasa bermain di fikiran kita, sentiasa memikirkan keselamatan mereka, sentiasa memikir kebahagian mereka, dan yang pasti sentiasa merindui untuk ketemu mereka. Mengapakah rasa rindu mampu muncul di hati sanubari kita?

SUPER IMAN VS SUPER NAFSU

Image
Suatu pagi yang hening ketika berkumandangnya azan subuh, Iman : Bos, bangun ! Dah masuk waktu subuh ni. Syaitan @ Nafsu : Alah... Baru azan bos. Tidur la lagi. Iman : Bangun bos ! kalau bangun awal dan siap awal boleh solat jemaah di masjid Syaitan @ Nafsu : Belum iqomat lagi. Nanti dah qomat baru la bos bangun. 15 minit selepas azan berkumandang... Iman : Bos, masjid dah qomat tu. Jom bangun, solat di masjid ! Syaitan @ Nafsu : Tak payah la pergi masjid. Solat di rumah pun sah juga bos. Tidur dulu. Waktu subuh panjang lagi ni.

FUTUWWAH CINTA

Image
Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta. Inilah dia cinta Pak Rahmat mengatakan, cinta itu dakwah, dan dakwah itu cinta. Dan dakwah ini mengenal kita pada Dia. Mentaqarrubkan kita pada Dia. Masuliyah fardhiyah kita adalah untuk sentiasa mendampingi kitabNya, mengikuti sunnahNya dan beriltizam dengan akhlak QuraniNya. Dan seluruhnya dibuatkan kerana Dia. Dan Dia semata.

Pemuda Yang Ikhlas Dengan Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Image
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat." Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju unt