BENIH YANG MENERBITKAN 700 BUAH

ayat-ayat al-Quran,ayat 261 hingga 265 surah al-Baqarah, mengenai ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT untuk orang yang bersedekah da berbelanja di jalan Allah, maksudnya seperti berikut :

Perumpamaan orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang tiap-tiap tangkai itu mengandungi seratus biji. dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang di kehendaki-Nya, dan Allah adalah Maha Luas lagi Mengetahui. (261)


Orang-orang yang membelanjakan hartabenda mereka pada jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan mengungkit-ungkit dan tidak pula menyakiti , mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada ketakutan atas mereka, dan mereka tidak akan berduka. (262)

Kata-kata yang makruf dan memaafkan adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan menyakiti, dan Allah adalah Maha Kaya lagi Amat penyabar. (263)

Wahai orang-orang beriman! jangan rosakkan sedekah kamu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti, seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia,dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaan orang  ini laksana batu licin yang di atasnya ada tanah,kemudian ditimpa hujan lebat lalu jadilah ia bersih licin.Mereka tidak berdaya sesuatu pon atas apa yang mereka usahakan, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (264)

Dan perumpamaan orang yang membelanjakan harta benda mereka kerana mengharapkan keredhaan Allah dan untuk meneguhkan keyakinan jiwa mereka,adalah laksana sebuah kebun di tempat tinggi yang ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasil dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun memadai. Dan Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. (265)



Comments

Popular posts from this blog

SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

Checkup Iman!

La Tahzan..