Ramadhan
Rejab sudah meninggalkan kita, hanya 27 hari sahaja lagi, Ramadhan akan tiba.
Bagaimana dengan persediaan kita semasa bulan Rejab? Bersediakah kita untuk bertemu Ramadhan?
Tepuk dada tanya iman..
Ramadhan bulan yang paling dinanti, dirindui..
kenapa?
kerana sujudnya adalah sujud seorang hamba..
yang betul2 ikhlas.. yang betul2 menghayati setiap gerak dan tingkah yang dilakukan..
Bulan lain?
Sujudnya masih sujud seorang hamba tapi sayang, hatinya tidak dibawa bersama..
fikirannya sentiasa menerawang...
'Lepas ni nak makan kat mana?'
'Banyaknya kerja nak kena buat!'
' Due date hantar paperwork esok.'
Ya, ramai yang suka berfikir sewaktu solat..
Namun, xsemua yang begitu. hanya segelintir.. saya tahu, awak yang sedang membaca ini merupakan seorang soleh dan solehah yang sentiasa menjaga hati.. yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah..
Alhamdulillah...
Bila sebut sahaja bulan Ramadhan, pasti ramai yang terasa sebak. Ya, sebak kerana rindu. Hari-hari akan dengar lagu-lagu nasyid yang berkaitan dengan Ramadhan lebih-lebih lagi lagu Harapan Ramadhan.
Dulu, masa kerja partime di Mydin Jasin masa bulan puasa, hari2 akan dengar lagu Opick, Ramadhan Tiba, Tompi-Ramadhan Datang.
Semua menantikannya tetapi tidak semua yang memanfaatkannya..
Kita mungkin bukan orang baik,
tapi xsemestinya kita tak perlu lakukan perkara yang baik,
Perkara baik bukan untuk orang yang baik sahaja,
Bersyukurlah kerana Allah masih berikan nikmat nyawa,
Allah masih berikan kita peluang untuk menjadi yang lebih baik,
Jika hari ini kita rasa kita banyak dosa, maka esok, usahakan untuk menjadi lebih baik dari semalam,
Tidak salah untuk membandingkan diri dengan orang mukmin, soleh dan solehah,
tapi jangan biarkan hasad menguasai diri, tanamkan azam, KITA PUN BOLEH!
Semoga usaha kita untuk memperbaiki diri diterima,
agar amalan yang dibuat bukan amalan sementara di bulan Ramadhan tetapi amalan kita untuk setiap masa,
Jika Ramadhan dulu kita siakan, jadikan Ramadhan kali ini, sebagai satu titik permulaan kita membersihkan hati dan jiwa kita untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Jika tidak yakin dengan diri, cari teman yang boleh dipercayai,
Jangan sama-sama hanyut,
Jangan sama-sama tenggelam,
dengan cinta dunia,
Sama-sama bersemangat untuk meningkatkan amal,
Sama-sama berusaha untuk mengukuhkan iman,
Jika dulu Al-Quran susah untuk dibuka,
Jadikan Al-Quran sahabat yang kita tidak boleh berenggang,
Tidak perlu kisah dengan pandangan pelik orang lain,
Jadikan ia amalan normal bagi kita,
Usah peduli dengan kata-kata orang,
Doakan Allah bukakan hati mereka,
Jika kita tersungkur, Jangan terus tersungkur,
Bangkit dan terus bangkit,
Jangan biarkan kita bertuankan dunia,
Kita bukan hipokrit, Kita buat kerana Allah.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma nanti, tidak dibiarkan sia-sia.

Comments
Post a Comment