Kasih
“Kenapa awak termenung? Awak ada
masalah ke? Perlukan bantuan akak?” Rahadatul agak pelik melihat sahabatnya
yang sedari tadi termenung di hadapan laptop tanpa berbuat apa-apa. Rahadatul
menempatkan dirinya di sisi Aisy’. Dipandang apa yang dipapar di screen laptop
Aisy’ ketika itu. Barulah dia faham apa yang mengusik hati sahabat biliknya
itu. Aisy’ yang sedari tadi mendiamkan diri cuba menghadiahkan senyuman kepada
Rahadatul walaupun senyuman itu nampak hambar.
“Aisy’ masih
ingatkan dia?” sekali lagi Rahadatul bertanya. Aisy’ menggelengkan kepalanya.
“Hati Aisy’ sakit
ke bila tengok gambar dan komen-komen ni?” Aisy’ diam. Mengangguk tidak
menggeleng pun tidak. Dia tahu Rahadatul boleh membaca isi hatinya ketika itu.
air mata yang ditahan sedari tadi mengalir juga. Ya, dia terasa malu ketika
itu. Dia terasa hina kepada Yang Maha Melihat. Dia membiarkan hatinya terluka
dan dia membiarkan air matanya mengalir untuk sesuatu yang bukan miliknya.
“Aisy’ masih ingat lirik lagu Muhasabah Cinta
dari kumpulan Edcoustic? Sakit yang ku rasa biar
jadi penawar dosa ku. Cuba Aisy’ muhasabah diri. Kita sama-sama muhasabah diri. Tanya diri Aisy’ , kenapa Allah gerakkan hati Aisy’ untuk tengok Facebook dia? Kenapa Aisy’ baca status-status dia walaupun Aisy’ dah ambil keputusan untuk unfriend dia daripada Facebook? Walaupun Aisy’ dah lepaskan dia daripada hidup Aisy’?”
jadi penawar dosa ku. Cuba Aisy’ muhasabah diri. Kita sama-sama muhasabah diri. Tanya diri Aisy’ , kenapa Allah gerakkan hati Aisy’ untuk tengok Facebook dia? Kenapa Aisy’ baca status-status dia walaupun Aisy’ dah ambil keputusan untuk unfriend dia daripada Facebook? Walaupun Aisy’ dah lepaskan dia daripada hidup Aisy’?”
“Sebab Allah
sayangkan Aisy’. Allah nak tunjukkan pada Aisy’ yang Aisy’ bukan yang terbaik
untuk dia ataupun dia bukan yang terbaik untuk Aisy’ . Allah nak tunjukkan pada
Aisy’ betapa gembiranya dia setelah berpisah dengan Aisy’ dan betapa bodohnya
Aisy’ mendera diri memikirkan dia. Allah nak Aisy’ fikir, kenapa Aisy’ perlu
bersedih sedangkan dia bahagia? Allah nak sedarkan Aisy’ , hakikat sebenar
bahawa sesungguhnya, cinta Aisy’ milik Allah dan bukanlah milik dia.” Bergetar suara
Aisy’ meluahkan rasa. Rahadatul agak terkejut mendengar kata-kata sahabatnya. Dia
bertambah pelik. Kalau Aisy’ tahu hakikatnya mengapa Aisy’ menangis?
“Kenapa Aisy’
menangis?” Rahadatul bertanya. Aisy’ meletakkan tangan di dadanya.
“Aisy’ tak tahu
kak. Aisy’ rasa sakit sangat kat sini. Sakit sangat-sangat. Aisy’ cuba tahan.
Aisy’ cuba buang perasaan Aisy’. Tapi kenapa kesakitan ini juga yang Aisy’
rasa. Aisy’ tak suka dengan apa yang Aisy’ rasa. Aisy’ rasa Aisy’ tak adil
dengan Allah, dengan hati Aisy’. Aisy’ rasa berdosa sangat-sangat kak.” Rahadatul
memeluk sahabatnya itu untuk menenangkan perasaannya. Ya, dia faham akan
perasaan itu.
“Aisy’ rasa
begitu sebab berkasih sayang antara lelaki dan perempuan itu fitrah dik. Rasa cemburu
juga satu fitrah. Adik tak boleh nak buang, tapi adik kena kawal perasaan tu. Akak
tahu Aisy’ sedang berusaha melupakan dia. Dan satu-satunya yang boleh bantu adik
adalah Allah. Berdoa kepada Allah. Dalam masa yang sama, cari alternatif lain
supaya Aisy’ tak berhubung dengan dia sama ada secara langsung atau tidak. Itu salah
satu cara untuk menghilangkan rasa sakit. Tak perlu ambil tahu tentang dia. Salah
satunya mungkin Aisy’ deactivate facebook tu atau Aisy’ block dia
daripada facebook Aisy’. Mudahkan?” Aisy’ hanya mengangguk. Ya, betul
kata kak Atul, kenapa mesti dia nak ambil tahu tentang lelaki itu? bukankah itu
bakal menjejaskan akhiratnya? Tanpa berlengah, laju sahaja dia menggerakkan cursor
dan terus block lelaki itu supaya dia tidak ambil tahu lagi mengenai
lelaki itu. Aisy’ lantas bangun dan menuju ke bilik air. Menyedari kekhilafan
dirinya. Dia sepatutnya berada di tikar sejadah bukan duk menghabiskan air mata
depan laptop tu! Astaghfirullah. Aisy’ mengulangi zikir itu. Berharap
agar Allah mengampuninya dan memberi peluang kepada dirinya untuk terus
istiqamah di jalan yang diredainya. May Allah ease!
Comments
Post a Comment