Hanya Buat DIA
"Kenapa mengeluh?dari tadi termenung jauh.. Enti ada masalah ke?" sedari tadi dia melihat sahabatnya termenung.Rahadatul hanya termenung jika dia memikirkan sesuatu. Baginya itu fitrah manusia. Apabila memikirkan sesuatu mereka akan termenung. Seakan fokus dengan apa yang difikirkan. Pastinya ianya sesuatu yang serius. "Erm. tak adalah Aisy'. Ana teringat sesuatu. Qatrun tanya, kenapa ana sujud lama sangat?dia pelik kenapa ada orang sujud lama ada yang sekejap saja." "abistu apa yang enti jawab?" "Ana cakap ana takut itu adalah sujud terakhir ana." Dia termenung sendiri mengingat peristiwa itu. Teringat pertanyaan Qatrunnada. Qatrunnada adalah kawan bilik Rahadatul namun mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Qatrunnada atau lebih dikenali sebagai Qatrun merupakan wanita yang biasa-biasa sahaja. Solatnya juga rongak. Jarang sekali Rahadatul melihat Qatrun solat di awal waktu. Jika di ajak berjemaah, dia akan mengelat. &qu