Hanya Buat DIA


"Kenapa mengeluh?dari tadi termenung jauh.. Enti ada masalah ke?"

sedari tadi dia melihat sahabatnya termenung.Rahadatul hanya termenung jika dia memikirkan sesuatu. Baginya itu fitrah manusia. Apabila memikirkan sesuatu mereka akan termenung. Seakan fokus dengan apa yang difikirkan. Pastinya ianya sesuatu yang serius.

"Erm. tak adalah Aisy'. Ana teringat sesuatu. Qatrun tanya, kenapa ana sujud lama sangat?dia pelik kenapa ada orang sujud lama ada yang sekejap saja."

"abistu apa yang enti jawab?"

"Ana cakap ana takut itu adalah sujud terakhir ana."

Dia termenung sendiri mengingat peristiwa itu. Teringat pertanyaan Qatrunnada. Qatrunnada adalah kawan bilik Rahadatul namun mereka mempunyai personaliti yang berbeza. Qatrunnada atau lebih dikenali sebagai Qatrun merupakan wanita yang biasa-biasa sahaja. Solatnya juga rongak. Jarang sekali Rahadatul melihat Qatrun solat di awal waktu. Jika di ajak berjemaah, dia akan mengelat.

"Saya tak mandi lagi. Awak solat lah dulu."



"Saya dah janji nak makan dengan Ayis. Dah lewat ni. Awak solatlah dulu."

Kerap kali alasan yang sama Rahadatul dengar daripada Qatrunnada. Alasan itu juga lah apabila diajak untuk ke masjid atau surau. Rahadatul hanya mampu berdoa di dalam hati supaya terbuka hati kawannya ini untuk mencintai Allah untuk mencintai agama Allah lebih daripada dia mencintai kekasihnya, Qayish.


Pertanyaan Qatrunnada mengenai sujudnya yang terakhir dalam setiap kali solatnya sangat mengejutkan Rahadatul. Dia tidak menyangka setiap pergerakkannya dalam solat di perhatikan oleh Qatrunnada.


“ Datul, kenapa ya Qatrun tengok Datul sujud lama sangat setiap kali solat? Tak lenguh ke kaki Datul? Tak penat ke?” Termenung Rahadatul mendengar komen Qatrunnada. Rahadatul cuba memikir ayat apa yang sesuai untuk menerangkan pada Qatrunnada. Rahadatul memandang Qatrunnada dengan penuh kasih sebelum memberi penjelasan.


“Qatrun nak dengar dari segi kesihatan dan islam atau alasan saya sendiri?” tanya Rahadatul.


“Kalau dari segi kesihatan dan islam macamana? Kalau alasan awak pula macamana?”


“In Shaa Allah, saya terangkan terlebih dahulu apa yang saya tahu dari segi kesihatan dan islam. Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut, dan kedua hujung kaki (jari-jari kaki). Sujud adalah merendahkan diri, memuji ALLAH dan meminta segala macam kepada ALLAH .. Sekaligus, mengikis sifat sombong, ria, takabur, dan lain-lain.”

Melihat Qatrunnada khusyuk mendengar, Rahadatul menyambung penerangannya.

“Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, seorang muallaf, beliau mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan. Dalam kajiannya dia mandapati ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya boleh dimasuki darah pada saat manusia sujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu, pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (waktu subuh, zuhur, asar, maghrib, ‘Isya). Subhanallah indah sungguh ketentuan Allah. Setiap yang Allah ciptakan itu ada sebab, bukan untuk suka-suka.” Rahadatul berhenti lagi dan kemudian menyambung.
 
“Maka, sesiapa yang tidak bersolat maka urat mereka itu tidak akan menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Maka tidak hairan, timbul bermacam-macam gejala sosial masyarakat saat ini. Sebab letak otak di atas jantung, maka kata Alm.Prof Hembing : jantung, hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, jadi dibantu dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak.Manfaat sujud lama-lama ini, untuk menghilangkan pening, dan migrain, menyegarkan otak, menajamkan akal pemikiran iaitu menjadikan kita lebih peka, melegakan sistem pernafasan, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, memperbaiki kedudukan bayi songsang, dan lain-lain.Otak merupakan pusat pengatur dari seluruh kegiatan manusia, di dalamnya terdapat banyak sekali urat-urat saraf, yang mempunyai tugas masing-masing. Bentuknya seperti orang tengah sujud.”


“Sujud lama-lama ni sunnah nabi la ea?” Persoalan demi persoalan yang timbul membuatkan Rahadatul bersemangat untuk berkongsi.



“ Sujud lama di dalam solat ini bukan sunnah Rasulullah S.A.W , tiada dalil yang mengatakan ianya sunnah Rasulullah S.A.W. Menurut hadis riwayat Bukhari no. 801 dan Muslim no. 471 yang disunnahkan adalah seseorang melakukan solat, antara ruku’, bangkit dari ruku’ (i’tidal), sujud dan duduk antara dua sujud itu hampir sama lamanya dan inilah yg afdhal.” Rahadatul meneruskan penerangannya. Qatrunnada masih menjadi pendengar yang setia.


“Dah tu tak pe ke kalau Datul sujud lama-lama kalau bukan sunnah nabi? Tak dosa ke?” Tersenyum Rahadatul mendengar persoalan itu. 


“Tidak semestinya bila ia bukan sunnah Rasulullah S.A.W bila kita buat kita akan mendapat dosa.Perkara seperti ini dipanggil bidaah. Namun boleh jika dilakukann apabila kita solat berseorangan .. ia dipanggil bidaah hasanah sebab ini tidak dilarang oleh Rasulullah dan ia dilakukan oleh para tabiin,tabitabiin dan ulama.” Terang Rahadatul.


“Ok itu kalau dari segi kesihatan dan Islam. Bagi Rahadatul sendiri macamana?”


 Yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah do’a ketika itu.Hadis Riwayat Muslim no. 482, dari Abu Hurairah” Rahadatul menarik nafas sebelum menyambung.


“Bagi saya sendiri saya takut itu merupakan sujud terakhir saya. Saya rasa dekat sangat dengan Allah. Bila kita cintakan sesuatu apa saja untuk sesuatu tu mesti kita rasa sangat bersemangat untuk buat, langsung tak rasa penat ataupun letih kan. Begitu juga bagi saya.”


“Apa maksud awak , awak takut itu sujud terakhir awak? Terakhir sebab mati ke?” Qatrunnada terus bertanya. 



“Itu salah satunya, tapi itu bukan saja sebab kita tak boleh sujudkan. Kita tak tahu rancangan Allah untuk kita. Mereka yang kehilangan nikmat sihat mungkin tidak berkesempatan untuk bersujud kepada Allah. Sekiranya kita ditakdirkan untuk lumpuh, kita tak mampu untuk solat secara normal lagi. Kita tak mampu untuk bersujud kepada Allah. Sedangkan kaki terkehel sedikitpun kita tak mampu untuk berdiri tegak semasa solat dan  sujud. Kalau cuti pun saya rindu sangat nak sujud kepada Allah. Sebab itu kita yang sihat ni perlu memanfaatkan nikmat sihat itu sementara Allah masih pinjamkan pada kita. Masa sihat inilah kita boleh sujud kepada Allah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bukan nak cakap masa sakit kita tak mampu untuk mendekati Allah, banyak hikmah bila kita jatuh sakit tapi dengan nikmat sihat ni kita mampu untuk beribadat seselesa yang mungkin. So , gunakanlah peluang yang ada itu dengan sebaik mungkin sebelum kita menyesal di kemudian hari.” Rahadatul mengakhiri penerangan dengan senyuman. Sungguh dia amat bersimpati dengan mereka yang ditarik nikmat sihatnya, mesti mereka merindui waktu-waktu sihat mereka.


‘Alhamdulillah , Allah masih pinjamkan aku nikmat sihat.’ Hati Radatul berbisik. Rahadatul yang melihat Qatrunnada berdiam , Rahadatul menoleh dan bertanya.


“Kenapa?”


“Erm tak ada apa, Cuma kagum dengan awak, awak boleh fikir sejauh itu.” Kata-kata itu buat Rahadatul tersentak. 

Melihat Qatrunnada bersiap-siap Rahadatul menjadi pelik,jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tidak terlalu lewat kah untuk dia keluar?


“Qatrun nak pergi mana?”Spontan Rahadatul bertanya.


“Nak jumpa Ayis sekejap. Tak perlu tunggu saya, saya bawa kunci.” Belum sempat Rahadatul berkata-kata apa-apa Qatrunnada sudah menutup pintu biliknya itu.



Aisy’ pelik melihat sahabatnya itu diam sahaja dari tadi.Aisy’ menepuk perlahan bahu Rahadatul untuk menyedarkan sahabatnya itu. Rahadatul tersenyum kepada Aisy’.


“Enti ni rezeki di hadapan still nak termenung, makanlah dulu. Nanti enti cerita pada ana ya apa yang menganggu di fikiran enti tu.” Aisy’ tersenyum pada Rahadatul.


“Asif jiddan ya ukhti. In Shaa Allah nanti ana cerita.” Rahadatul membalas senyuman Aisy’. Sungguh dia amat beruntung akan kehadiran sahabat yang sangat prihatin itu.





**************TO BE CONTINUED****************

Comments

Popular posts from this blog

SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

Checkup Iman!

La Tahzan..