Ukhuwah..




Senyuman..
Senyuman itu menyambut kehadiranku sebelum salam dititipkan...
Tanganku mengenggam erat tangannya..
Pipi kami bertemu dan dia berada dalam dakapanku.. erat...
Bagaikan ada sesuatu yang mengalir dalam salur darahku...
Terasa berat untuk melepaskan pelukan itu...
Bermula lah ukhuwah antara aku dan dia..

“Saya Diyana. Panggil je Yana. Dari Johor.”
“Haryanti. Boleh panggil Yanti. Saya dari Melaka.”

Sesi perkenalan bermula antara aku dan dia.
Sungguh manis ukhuwah ni..
Sungguh.. Aku mula menyayanginya kerana Allah.

“Ala Yanti, janganlah nangis.. janganlah macamni. Kau kena kuat..”

Pujukan pertamanya untuk menghilangkan resah yang muncul di dalam hati.
Walaupun dia tidak pandai memujuk.. Namun, dia tetap disisi.. Kehadirannya menenangkan hati..
Sungguh... Aku mula mencintainya kerana Allah...

Sudah 6 bulan kami bersama.. Kehadiran semester 2 mengeratkan lagi silaturahim kami...
Makan bersama.. Minum bersama.. Solat bersama.. Al-Mulk bersama.. Ke surau bersama...
Kami belajar bersama walaupun kami berbeza aliran..
Aku budak sains.. Dia budak akaun...

Setelah setahun bersama... Air mata ini tumpah sekali lagi...
Melihat pemergiannya.. Sedangkan petang itu final paper menantiku..
Tubuhnya ku dakap erat...
Saat perpisahan itu tiba juga...
Hiba melihat dia bersama bagasinya...
Hiba melihat dia melambaikan tangannya..
Hiba melihat dia hilang daripada pandangan...
Meninggalkan aku sendiri...

Kini..
Aku di Pantai Timur...
Dia di Ibu Kota...
Kami terpisah jauh oleh jarak dan masa..
Sudah lama tidak bersua...
Namun, dihati ini masih ada kasih buatnya...
Masih ada cinta buat dia...
Malah, ada rindu hadir buatnya..
Kasih, Cinta dan Rindu yang hadir..
Hanyalah kerana Allah..

Kerana Allah..
Sungguh aku menyayangi dia...
Sungguh aku cinta dia..
Sungguh aku rindu dia...

Kerana Allah..
Aku mengharapkan redha dalam ikatan ini...
Semoga ikatan ini menemukan kita di Jannah Allah..
Kerana ukhuwan ini terbina kerana Allah..
Kerana kasihku buat Allah..

Nor Diyana Rozuki..
Saya sayang awak kerana Allah..
Terima kasih kerana sudi berukhuwah dengan saya..
:)

Comments

Popular posts from this blog

SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

Checkup Iman!

La Tahzan..