Kepada-MU
Kepada siapa patutku kongsikan?
Kepada siapa patutku ceritakan?
Ku pandang kiri..
Ku pandang kanan..
Ku pejamkan mataku..
Mengharap agar bayangan teman hadir dalam mindaku..
Tapi,
Wajah yang hadir penuh dengan senyuman,
Wajarkah diriku memberatkan masalahku dipemikirannya?
Wajarkah aku meluahkan rasa?
Adakah diri ini mementingkan diri?
Akhirnya..
Aku memilih untuk sendiri..
Aku memilih untuk menjauhkan diri..
Aku cuba untuk tersenyum dihadapan mereka..
Aku cuba untuk menyimpan masalah ini dari mereka..
Ya,
Aku jadi pemendam..
Alhamdulillah,
Aku bukan pendendam…
Masa sendiriku dihabiskan dengan bermuhasabah..
Kadang,
Aku tidak dapat melelapkan mata hingga subuh menjelma..
Kadang,
Aku terpaksa menghaibkan diri semasa kuliah..
Allahu Rabbi,
Apa yang perlu hamba lakukan?
Terasa berat,
Namun,
Aku sedar, inilah yang digelar kafarah dosa…
Saat aku sendiri..
Saat aku bertafakur,
Seakannya aku dihidangkan dengan dosa-dosa lakukan..
Allahu Rabbi..
Begitu hina diri ini..
Begitu kerdil diri ini…
Masihkah diri ini diterima taubatnya?
Masihkah diri ini diterima amalannya?
Layakkah diri ini mencintai-Mu?
Layakkah diri ini berada bersama mereka yang sangat suci
hati dan jiwanya?
Mereka mencintai-Mu..
Layakkah aku mendekati mereka?
Allahu Rabbi…
Ampunkan aku..
Ampunkan aku..
Ampunkan aku..
Astaghfirullahalazim…
Terima lah taubat ku ini..
Allahu Rabbi…
Sungguh, aku jijik dengan diriku sendiri..
Allahu Rabbi…
Aku ingin mencintai-MU..
Aku ingin bersama mereka seperti dulu..
Aku ingin berdakwah bersama mereka..
Aku ingin bersama mereka..
Aku ingin menyertai mereka..
Aku ingin menjadi seperti mereka..
Allahu Rabbi..
Izinkan diri ini untuk mencintai-Mu..
Izinkan diri ini untuk merindui Rasul utusan-Mu..
Izinkan diri ini untuk menjadi daie..
Izinkan diri ini untuk berjuang demi Islam..
Allahu Rabbi..
Aku mungkin tidak seperti Hassan Al-Banna..
Bukan juga seperti Al-Fateh…
Bahkan bukan juga seperti mujahid dan mujahidah di luar
sana..
Namun,
Berikanlah kesempatan buat diri ini untuk menjadi yang
terbaik disisi-Mu..
Dan aku ingin menjadi seorang muslimah yang solehah..
Izinkanlah diri ini Ya Allah…
Buat kamu yang membaca, senantiasalah doakan diri ini terus
beristiqamah di jalan yang benar…
Doakan agar hati dan diri ini disucikan dari dosa, dijauhkan
dengan maksiat..
Doakan agar diri ini menjadi seorang muslimah yang
benar-benar berbakti di Jalan Allah..
Bukan hanya sekadar dimulut… bukan hanya sekadar melalui
penulisan.. namun biarlah secara seluruhnya… doakan diri ini…
Mohon simpanlah sedikit waktu dihari-harimu untuk mendoakan
diri ini…
Moga Allah permudahkan urusan kalian, dan semoga kita adalah
‘insan terpilih’ untuk menegakkan Islam di akhir zaman ini.. Wallahualam..
wassalam..
Comments
Post a Comment