Adab membaca Al-Quran.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
( Hadith Riwayat Muslim )
Adab membaca
Al-Quran.
1.
Berwuduk
2.
Membaca ditempat yang suci dan disunatkan didalam
masjid
3.
Menghadap kiblat
4.
Membaca ta’awwudh:
5.
Menyempurnakan bacaan dengan tajwid dan irama yang
merdu
6.
Merendahkan suara apabila dikhuatiri akan
menimbulkan sifat riyak. Jika tidak , maka adalah lebih diutamakan untuk
membacanya dengan suara kuat.
7.
Menumpukan fikiran dan perasaan untuk memahami
bacaan.
8.
Merenungi ayat-ayat yang sedang dibaca.
9.
Membaca mushaf lebih utama daripada membaca
berdasarkan hafalan.
1.
Makruh bersenda gurau, tertawa atau melihat
sesuatu yang boleh menganggu dan menghentikan bacaan.
1.
Bersujud ketika membaca ayat-ayat Sajdah.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka
aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku
disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim.)
Hukum Sujud Sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat,
Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai
pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga
turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah
berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda: “Wahai
manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud
tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan
sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
contoh ayat sajadah :
apabila kita menjumpai tanda ini maka kita disunatkan untuk melakukan sujud sajadah atau juga dikenali sebagai sujud tilawah.
Jika ayat sajadah dibaca di luar solat, rukunnya adalah
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud
4. Salam
bacaan semasa sujud yang membawa maksud :
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi
rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan
kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah
keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
Membaca takbir diantara dua surah yang bermula
pada surah ad-Dhuha hingga akhir surah al-quran.
الله أكبر
لا إله إلا الله والله أكبر
لا إله إلا الله والله أكبر
لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
1Ada 2 pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Pendapat tersebut ialah :
Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha (سورة الضحى)
Bermula selepas akhir surah al-Lail (سورة الليل)
Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha (سورة الضحى)
Bermula selepas akhir surah al-Lail (سورة الليل)
Walaupun ulama’ berselesih pendapat mengenai
bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Namun, mereka bersepakat mengenai
tempat berakhirnya bacaan takbir iaitu selepas tamat bacaan surah an-Nas
(سورة الناس). Selepas menghabiskan bacaan surah an-Nas (سورة الناس),
pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah
al-Fatihah (الفاتحة) dan disambung dengan 5 ayat dari awal surah
al-Baqarah (البقرة) kemudian diikuti dengan bacaan ayat 115 surah
al-An’am (الأنعام).
. .Ketika selesai atau berhenti membaca ayat atau
surah, hendaklah membaca doa :
1.
Berpuasa ketika mengkhatamkan al-Quran dan
menjumput jiran tetangga , kerabat dan sahabat handai untuk mengadakan
kesyukurannya.
1.
Membaca doa khatam al-Quran sebagaimana yang
terdapat pada akhir al-Quran.
Comments
Post a Comment