FADHILAT HARI JUMAAT



MAJMU' SYARIF KAMIL(Al- Hidayah House of Qur'an SDN. BHD.)

Hari Jumaat merupakan hari yang teristimewa bagi seorang Muslim. 
Antara keistimewaannya ialah :

  • Allah mewajibkan ibadah solat jumaat kepada Muslimin.
  • Allah telah memberikan rahmat dan keampunan-NYA kepada Nabi Adam A.S...
Rasulullah menjelaskan fadilat hari jumaat, antaranya :
  • "Apabila seorang muslim berdoa dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah S.W.T pada hari jumaat, maka Allah S.W.T memberikan apa yang dia minta."
  • "Apabila hamba-hamba Allah S.W.T menmperoleh keselamatan pada hari jumaat, maka selamatlah mereka pada hari-hari lain."
  • "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan bagi kaum muslimin."
  • "Apabila seorang muslim yang meninggal dunia pada hari atau malam jumaat , maka Allah S.W.T memberikan pahala syahid dan menyelamatkannya daripada azab kubur."
  • "Pada hari Jumaat , Allah S.W.T memerdekakan 600,000 orang daripada seksaan api neraka."
 Dengan keistimewaan hari Jumaat , Rasulullah S.A.W mengajak umat islam untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah (membaca Al-Quran, berzikir , berdoa dan lain-lain) pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah S.A.W  yang bermaksud :
“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (diatas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi(korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi , kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam , kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur.” (HR Muslim)

untuk mengetahui lebih lanjut.. boleh baca disini : IluvIslam

untuk mengetahui Fadhilat Membaca Al-Quran pula boleh klik disini : MH



beramal itu bukan sekadar pada masa-masa tertentu dan bukan juga pada hari-hari tertentu... Beramal dan beribadah itu merupakan rutin seorang mukmin.. bukan kerana kita mengetahui fadhilat pada hari jumaat lantas kita hanya menunggu malam dan hari jumaat untuk melakukan ibadah.. lebih tepat jika kita kata beramal dan beribadah dengan amalan-amalan dan ibadah sunat setiap hari namun apabila tiba pada hari jumaat maka kita melipat gandakan lagi amalan dan ibadah kita dan tidak mengurangkan sedikit pun amalan dan ibadah pada hari yang lain... fikir-fikirkan dan selamat beramal...Wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

Checkup Iman!

La Tahzan..