::Perkongsian::
By :
"lumrah
khidupn;bila kte lkukn ssuatu prkra,org akn prtkaikn d akn dtnye knpa
bt prkra itu..tgok ape dh jd..bile kte tgglkn org jgk akn prtkaikn d
dtnye knpa tdk buat bnda itu dll..sntiasa mncri kslhn org..ksmplnnye
btter duk diam bt hal sndri..jdla mtng ckit..p/s : minta pandangan ukhti atas statement diats. hanya meminta suami join aktiviti usrah dan berhenti merokok. tapi statement ini yg keluar. rasa cemburu bila kawan-kawan perempuan yg pernah meminatinya turut comment distatus itu dan menyokong dirinya. kita rasa kecil hati dengan tindakan suami. "
pagi tadi, bangun je tido, ana dapat satu sms drpd seorang sahabt yg m'forward'kn mesej yg diterimanya dr seorg adik junior yg baru mendirikan rumah tangga.dan minta ana bt entry mengenai hal ini. ermm.. ana sendiri belum berkahwin dan belum ada pengalaman lagi dalam hal ini. cuma ana cuba untuk memberikan pandangan berdasarkan apa yang ana tahu.
pada ana, perkara pertama yg cik isteri perlu lakukn adlh untuk kenalpasti sama ada statement trsebut dtujukan untuk dirinya atau untuk org lain ataupun untuk umum. jangan mudah berprasangka dengan suami. husnudzon. tanya suami baik-baik. kalau perlu tanya, kita tanya. jangan buat spekulasi kita sendiri. buruk padahnya nanti. wallahualam.
persoalan mengenai cemburu dan kecil hati melihat 'peminat-peminat' suami menyokong suami. ermm... sebuah pernikahan itu dilaksanakan untuk mengecapi nikmat sakinah, mawaddah wa rahmah (ketenangan/ketenteraman, cinta dan kasih sayang.) dan sudah tentu kita mengharapkan pernikahan itu mendapat berkat dan redha Allah.
sebagaimana cinta, cemburu itu juga fitrah. bukn kaum hawa je pandai cemburu, kaum adam mungkin lebih-lebih lagi cemburunya. fitrah yg jika kita tidak mngawal, ia menjadi satu sifat mazmumah. cemburu yg melampau itu satu dr sifat mazmumah.
Fatimah Az-Zahra, puteri Rasulullah S.A.W sendiri tidak sanggup diduakan oleh suaminya, Saidina Ali. kerana takut cemburunya membuatkan akhiratnya rosak.
"Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puteri-puterinya yang lain."
baca lebih lanjut di sini - Ukhti Fatimah Syarha
jangan disebabkan cemburu, perpisahan diminta. jangan disebabkan cemburu, kita tidak melayan pasangan dengan baik dan ikhlas. kerana itulah pentingnya kita menjaga ikhtilat. ikhtilat itu perlu dijaga sepanjang masa. baik yang dah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. facebook , twitter bkn medan untuk mengumpul kawan yg berlainan jantina dan boleh bertegur sapa sebebasnya.
yang haram tetap haram. tiada cara yang membolehkan yang haram menjadi halal. pernah seorang sahabat menceritakan pada ana mengenai seorang kenalannya di sekolah dulu yang tidak pernah approve friend yang berlainan jantina drpdnya di facebook. jika di cek di friend listnya.. semuanya lelaki. tak ada seorang kawan perempuan pun.. betapa dia menjaga ikhtilat. betapa dia menjaga akhlaknya. tapi kita? tepuk dada tanya iman.
buat seorang suami..apabila ditegur isteri sebaiknya jangan diperli2 isteri di media massa... seharusnya apa yang berlaku antara suami dan isteri tidak sewajarnya di kongsikan pada pihak lain.. jika ingin dikogsi, kongsilah pada mereka yang lebih berpengalaman seperti murobbi/ah kita ustaz atau rujuk masalah tersebut dibahagian kaunseling dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah bukan untuk menceritakan keburukan isteri.
Apabila seorang isteri menegur ke arah kebaikan itu bermakna dia ingin sama-sama memperbaiki diri supaya baitul muslim yang terbina mendapat berkat dan keredhaan Allah.. bkn sahaja semasa pernikahan tetapi sepanjang masa. teguran seorang isteri itu bermakna dia ingin sama-sama meniti titian sirat dengan suaminya... teguran seorang isteri itu bermakna dia tidak ingin 'dilamar' oleh orang lain semasa berada didalam syurga kelak. sebab itu dia tidak mahu menjadi lebih baik seorang diri... dia ingin suaminya seiring dengannya supaya baitul muslim yang dibina kekal hingga ke syurga nanti.. In Shaa Allah...
begitu juga jika isteri ditegur suami ataupun seorang sahabat menegur sahabat yang lain. bkn bererti dia ingin 'tunjuk baik'.. tetapi dia tidak mahu melakukannya seorang.. dia juga ingin kita bersama-sama menuju ke jannah Allah.. In Shaa Allah. Wallahualam..
hanya duduk diam dan jadi matang sendirian bermakna kita sedikit 'selfish'. tidak mahu mengajak orang melakukan kebaikan...
"Biarlah dia, dia dah besar... dia dah boleh fikir sendiri.."
Bukankah lumrah seorang manusia itu adalah pelupa? mereka perlukan 'jam penggera' untuk menyedarkan kita. kita perlu ada sifat insan di dalam diri. hidup kita bukan hanya untuk diri kita sahaja, it's more for others.
Hidup ini hanya bukan sekadar duduk diam dan jadi matang. tetapi sebagai seorang pendakwah, sebagai seorang daie, hidup ini untuk berpenat , akhirat tempat kita berehat. jangan disebabkan kita banyak berehat didunia, diakhirat nanti kite kesali dengan nikmat rehat yang bukan masanya semasa di dunia sehingga kita perlu berpenat di akhirat..
Jangan lah biarkan hubungan yang suci itu tercela hanya dengan sedikit sifat mazmumah yang ada pada diri kita. binalah hubungan itu didalam dunia dakwah dan tarbiyah hanya kerana Allah.. supaya baitul muslim kita sentiasa berada di dalam lindungan Allah...In Shaa Allah...
In Shaa Allah, sekadar itu yang mampu ana kongsikan... semoga membantu, maaf jika ada kekasaran didalam bait-bait kata yang ditulis... semoga bermanfaat.. In Shaa Allah. Wallahualam.
Comments
Post a Comment