JANGAN BERKATA 'KALAULAH'

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda:


      Orang mukmim yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna ( di dunia dan di akhirat ); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata, " Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah "
Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya. Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.


( Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terj), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur,ms 147)





Comments

Popular posts from this blog

SAYA FOLLOW U, U FOLLOW ME

Checkup Iman!

La Tahzan..