BERSAHABAT ITU TIADA KERANANYA...
Dalam memurnikan ukhuwah dan persahabatan,tidak sama sekali boleh dikeranakan sesuatu yang tidak kekal dalam kehidupan duniawi. Jika itulah nilaian kita dalam bersahabat, maka kita meletakkan tanda aras yang paling rendah dalam pengertiannya. Jika bersahabat kerana RUPA dan KEMASYHURAN,kedua-duanya akan hilang bersama luputnya usia muda dan hilangnya pangkat dan jawatan. Jika bersahabat kerana WANG RINGGIT, ia mungkin kelihatan "MAHAL" pada rupanya namun sangat "FAKIR" tujuannya. apa pun nilaian dalam persahabatan.. bersahabatlah kerana YANG MAHA ESA. Pasti ia kekal sampai ke syurga.
Inila yang ingin ditunjukkan dn disaksikan oleh gua Thur. Nilai persahabatan yang mendapat redha Tuhan. Pengorbanan dan kesetiaan menjadi hiasan dan penyeri dalam pergaulan. Ujian dan tribulasi merupakan sajian manisan dalam perjuangan. Jika kebendaan dan kepentingan menjadi ukuran seorang sahabat bernama Abu Bakar Al-Siddiq r.a. , apakah mungkin Hijrah baginda s.a.w. akan menempa kejayaan atau sebaliknya??
Hayati pesanan daripada Nabi s.a.w. tentang mengecap kemanisan iman menerusi persahabatan.
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara jika terdapat padanya seseorang itu akan merasai kemanisan iman. Hendaklah Allah Taala dan Rasul-Nya lebih dikasihi olehnya selain daripada kedua-duanya. Hendaklah juga dia mengasihi dan mencintai seseorang hanya kerana Allah Taala, dan hendaklah dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dihumban ke dalam api neraka."
(Riwayat al-Bukhari, no. 6941)
Carilah semula nilai persahabatan dalam hidupmu wahai teman. Semoga Allah s.w.t. menemukan kita dengan sahabat yang ingin mengajak kita melangkah ke pintu syurga, bukannya yang menolak kita jatuh ke jurang neraka.

Comments
Post a Comment